NADI - ESUKAN : Keselamatan Siber dan Perlindungan Data Dalam e-sukan

28 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

27 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengadakan kelas keselamatan siber dan perlindungan data dalam e-sukan. Kelas ini bermula pada jam 3.30 petang. Seramai 4 orang peserta terlibat dalam kelas ini.

Program NADI – ESUKAN memberi tumpuan kepada kesedaran tentang keselamatan siber dan perlindungan data peribadi dalam dunia e-sukan yang semakin berkembang. Peserta diberi pendedahan mengenai pelbagai risiko di alam maya seperti kecurian maklumat, penipuan dalam talian, serangan penggodam, dan ancaman siber lain yang boleh menjejaskan keselamatan pemain.

Melalui sesi ini, mereka mempelajari langkah pencegahan seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan pengesahan dua faktor, tetapan privasi akaun, serta kepentingan mematuhi etika digital. Penekanan turut diberikan kepada sikap bertanggungjawab semasa berinteraksi dalam talian.

Kelas ini diadakan bagi persediaan para peserta untuk memasuki pertandingan Mobile Legend Bang Bang Musim Ke 3 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali